LEHA JUSOH VS AWANG JOHARI (1978)

ISU KES :
Pembatalan perjanjian membeli tanah estet yang dilakukan oleh seorang kanak kanak. Plaintif menuntut balik bayaran pembelian sebanyak RM5000 kerana perjanjian telah dianggap batal.

FAKTA KES:

  1. Seorang kanak kanak (plaintif) telah membuat perjanjian untuk membeli sebidang tanah daripada pihak yang mentadbir estet.
  2. Perjanjian telah dijalankan, iaitu semasa plaintif masih kanak kanak ia membuat bayaran sebanyak RM5000 dan plaintif dibenarkan untuk memasuki tanah tersebut.
  3. Mahkamah tinggi memutuskan perjanjian adalahbatal kerana dilakukan oleh seorang kanak kanak yang tidak berkelayakan untuk membuat kontrak.
  4. Pihak defenden membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan agar perjanjian tersebut tidak boleh dikuatkuasakan.


KEPUTUSAN MAHKAMAH:
Mahkamah memutuskan tidak wujud amanah termaklum antara defenden dan plaintif kerana perjanjian tersebut telah batal sejak awal lagi dan mahkamah mengarahkan defenden membayar balik wang RM5000 yang telah dibayar oleh plaintif sebagai bayaran belian tanah tersebut apabila plaintif keluar dari tanah itu.


References; https://www.coursehero.com/file/p72fqo1/Leha-Jusoh-lwn-Awang-Johari-Hashim-belian-tanah-oleh-kanak2-didapati-terbatal/

Comments

  1. hi,can i get the original text for this case (lehe jusoh v awang johari)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts